Tak juga bak orang berkasih-kasihan, bersedihan.
Namun, ceritaku tentang Li bakal meruntum hati yang sakit,
bakal merobek jiwa yang tak bertepian.
Bermulanya kisah dari sewaktu pengisian borang lagi.
Banyaknya hati yang terluka,
banyaknya jiwa yang terduga memang tak dapat digambarkan.
Tanyalah pada sesiapa sahaja,
pasti akan ada kisah luka saat awal permohonan Li.
Kisah memohon tempat.
Kisah sudah mendapat tempat.
Kisah tiada tempat.
Ah, bagaikan mimpi ngeri.
Bersambungnya kisah tatkala sedang Li.
Sebaiknya, biarlah kufokuskan kepada diriku sahaja.
Hari pertama,
mungkin teramat indah.
Begitulah jua berjalannya hari-hari seterusnya.
Namun, setelah jejaknya 2 bulan,
Siang itu umpama terlalu lama.
Terduganya fikiran.
Sakitnya pandangan.
Hibanya perasaan.
Semuanya bagaikan satu pakej pelancongan 3 hari 2 malam.
Mungkin lebih.
Manakan tidak.
Katakan padaku,
antara kalian,
siapa yang log book nya putih bersih dari signature sv sejak awal?
Ceritakan padaku siapa yang merasa amat tertekan melihat full report tidak sempat di review?
Ah, kalau sudah dasar hati manusia itu,
walau kononnya sekebal tembok China.
Pasti akan roboh jua bukan?
itulah jua aku pada hakikatnya.
kau bisa lihat aku tersenyum,
namun kesakitan yang ku cuba selindung itu,
apakah pernah kalian cuba tanyakan?
aku, hatiku, perasaanku,
sudah sampai pada satu tahap tidak punya rasa apa-apa.
Biarlah apa orang nak kata,
satu yang mahu kukata,
" tiap yang tertulis untuk kita ada hikmahnya, cuma kita terkadang alpa dengan ketentuanNya."
=)

No comments:
Post a Comment