Selamat sejahtera para pembaca budiman sekalian.
Tika ini aku terasa ingin menulis sebuah karangan Bahasa Melayu berkisar kehidupan manusia.
Tiap manusia itu diciptakan dengan sikap dan perangai yang berbeza.
Tiap perihal yang terjadi di dunia ini pasti ada sebab & musabab di mana ianya sendiri sebenarnya bermula dari dalam diri tiap insani itu sendiri.
Tahukah anda bahawa manusia itu dijadikan dari tanah yang berbeza di mana saat tanah yang diguna untuk mencipta bahagian perut itu diambil dari sebuah tempat (tidak kuingat namanya) yang mana perutlah tempat ketidaksabaran itu terletak. Saat lapar, sang bayi akan menangis bukan? Itulah ketidaksabarannya.
Darah yang mengalir pula adapun diciptakan dari air sungai (juga tidak kuingati namanya). Bahkan, tiap air dalam badan manusia juga punya fungsi yang berbeza. Sebagai contoh yang nyata, terkadang air mata manusia itu mengalir tanpa disedari. Tiap titis yang mengalir itu menggambarkan situasi yang berbeza.
Di sini apa yang cuba aku sampaikan adalah mengenai manusia. Ya, M.A.N.U.S.I.A. Saat sebelum ia ditiupkan roh, manusia ini kosong. Jiwanya tiada. Bahkan sang roh juga sebolehnya tidak mahu ditiupkan ke dalam badan manusia ini dek kerana risau tiada siapa yang mengajarkannya akan erti hidup, tiada yang sudi membimbingnya ke arah kebenaran.
Adapun roh ini pernah bertanya kepada sang Pencipta, Allah yang satu, "Siapakah yang akan mengajarkanku tentang dunia ini Tuhanku?" Diberitakan bahawa Allah memberikan jawapan bahawa "Orang yang melahirkanmu ini yang akan mengajarkanmu." Roh bertanya lagi, "Apakah selayaknya aku memanggil orang yang melahirkanku ini wahai Tuhanku?"
Maka Allah menjawab, "IBU."
Tidakkah kalian semua sedar bahawa sahabat sebenar itu adalah IBU? Tidakkah kalian tahu bahawa selain ibu, AYAH juga sahabat terbaik kita?
Bukan hendak mendabik dada konon menjaja diri ini sangat sempurna. Sekadar memberitahu, aku bukan teman yang baik. Sebaliknya aku ini insan yang pada pandanganku sangat jahat kerana hanya Allah yang tahu segala apa yang berlaku.
Oleh itu para sahabat sekalian. Hubungilah keluargamu, kerana merekalah sahabat terbaik yang diciptakan Allah untuk kita.
Sekian.
*Aku tidak berniat sama sekali mengecilkab hati sesiapa. Aku pohon beribu ampun kerana aku tahu banyak sekali salahku pada kalian. Maafkan aku.

yess keluarga adalah yang terpenting
ReplyDeleteBetol3..Though sometimes there's problem in the family..But still..Family first..! =)
ReplyDeletelike2..=) family first..waktu senang..kwn ramai dtg..tp bila ssh..family jugak yg membantu..(^_^)
ReplyDeletebetol2..! macam2 jenis manusia kan?..heee~
ReplyDelete