Blogger Templates

Friday, January 14, 2011

Perasaan Malu.

Ya Allah, malu sungguh diriku ini..
Saat menghadapi dugaanMu, aku sedar aku tidak sekuat mana.
Namun ujianMu ini sememangnya benar. Benar bagi menyedarkan aku akan kehadiranMu.
Malunya aku saat aku alpa.
Malunya aku untuk menceritakan dukaku ini.

Ya Allah, ampunkan dosa ibu bapaku, adik-beradikku,keluargaku,sahabatku & diriku ini.
Andainya kami terpesong dari jalanMu, bawalah kami kembali ke jalan yang benar.
Dekatkanlah kami denganMu Ya Allah.
Bukakanlah pintu hati kami agar kami sentiasa mendapat keredhaanMu Ya Allah.
Tempatkanlah kami dikalangan orang-orang yang beriman.
Masukkanlah kami ke dalam syurgaMu Ya Allah.
Jauhkanlah kami dari melakukan perkara-perkara yang dilarang.
Jauhkanlah kami dari api nerakaMu Ya Allah.
Amin.


kerana sesungguhnya, hanya padaMu aku bersujud.

No comments:

Post a Comment